Politik PBB Dayang_Madinah_Tun_Abang_Openg

Dayang Madinah mulai menceburi bidang politik Sarawak pada 1983. Dilantik menjadi setiausaha pergerakan wanita (1989-1995) dan Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB (1987-sekarang). Beliau aktif sebagai Jawatankuasa Biro Wanita Saberkas Sarawak, Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga bagi Kawasan Petra Jaya dan Anggota Lembaga Pengarah Koperasi Wanita Sarawak Bhd (KOWASA).

Beliau adalah wanita ketiga dari Sarawak dilantik sebagai Anggota Dewan Negara selepas Empiang daripada PBB dan Doris Brodie daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS).[1]